MUJUR TEGUH SDN. BHD.
199401018381 (304060-H)
PENYALAHGUNAAN NAMA SYARIKAT UNTUK PENAWARAN PINJAMAN KEPADA ORANG AWAM

Mujur Teguh Sdn. Bhd. telah mendapati bahawa terdapat pihak ketiga yang telah menyamar sebagai syarikat kami melalui pengendalian laman web, catatan dan iklan di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok, dan mendekati individu-individu secara langsung, bagi tujuan menawarkan pinjaman perniagaan dan peribadi secara haram kepada orang ramai dan individu yang tidak curiga.

Sila ambil maklum bahawa Mujur Teguh Sdn. Bhd.:

a. menjalankan perniagaan dan kesemua aktiviti pemberian pinjaman dari / di premis berdaftarnya sahaja;

b. tidak sama sekali menawarkan pinjaman perniagaan atau peribadi kepada orang awam secara online atau melalui platform media sosial.

Orang ramai dinasihatkan sewajarnya Mujur Teguh Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab sama sekali bagi perbuatan dan kelakuan pihak ketiga/individu tersebut.